Jumaat...

Hari jumaat merupakan penghulu segala hari. Kiranya sebagai boslah. Hari yang penuh keberkatan dan hari yang sangat istimewa, terutamanya kepada kaum Adam. Iulah keistimewaan kepada kaum Adam kerana tidak perlu menunaikan solat zuhur 4rakaat. Mereka hanya perlu menunaikan Solat Jumaat yang hanya 2rakaat sahaja, tetapi ramai kaum lelaki yang tidak menghargainya. Kadang-kadang kita terlalu memandang remeh tentang perkara-perkara sepenting ini. Kita tak pernah bersyukur dan menghargai apa yang Allah SWT telah berikan kepada kita. Terlalu sombong manusia kan? Yupsss... Memang kubur lain-lain. Tetapi kita juga ada hak dan tanggungjawab untuk saling ingat mengingatkan. Betulkan?


Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an.
Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir.






Solat Jumaat adalah wajib bagi kaum lelaki. Bagi mereka yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja, hati mereka akan ditutup oleh Allah s.w.t. Keuzuran bagi meninggalkan solat Jumaat adalah sama seperti keuzuran yang diberikan bagi meninggalkan mana-mana ibadat wajib yang tidak mampu dilakukan. Antaranya adalah pitam, gila, sakit terlantar sehingga tidak mampu bangun dan tiada yang dapat membawanya ke masjid, tugas yang terpaksa dilaksanakan yang mana ia menjaga keselamatan negara, tertahan (samada di penjara atau di tengah jalan) dan keadaan cuaca yang menghalang sama sekali pergi ke masjid.






Uzur yang boleh diterima oleh Syara' bagi orang lelaki Islam untuk tidak mengerjakan solat Jumaat adalah seperti berikut:

1) Dalam pelayaran dan tidak berjumpa dengan masjid

2) Sakit

3) Lelaki yang baru seminggu berkahwin dengan seorang anak dara

4) Hujan lebat atau keadaan cuaca yang amat buruk sehingga menghalang dari pergi ke masjid

5) Tertidur

6) Pengsan

7) Gila

8) Pekerja yang mana kerjanya amat kritikal untuk keselamatan nyawa dan negara

Bagi yang nombor 8, seseorang itu perlu berusaha untuk mengerjakan solat Jumaat, sekurang-kurangnya sekali setiap 3 Jumaat. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w menyatakan dalam satu hadith baginda bahawa mereka yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali berturut-turut akan dikunci hati mereka.






Umat Islam perlu berusaha sedaya upaya agar dibenarkan melakukan solat, termasuk solat Jumaat. Jika tugas menghalang, dan tugas tersebut penting dan genting bagi maslahat masyarakat, seperti polis, bomba dan sebagainya, atau maslahat keluarga yang ditanggungnya, maka ia tidak berdosa. Dan perlu melakukan solat Zuhur, tetapi selepas orang selesai melakukan solat Jumaat, sebagai penghormatan kepada solat Jumaat tersebut.


sumber : halaqah.net

0 comments: